Kuala Lumpur, 10 Disember- Kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang krew mediaPERUBATAN telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi pertandingan Thalassemia Webtoon Contest anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Thalassemia merupakan sejenis penyakit darah yang diakibatkan oleh faktor genetik dan menyebabkan protein yang ada di dalam sel darah merah, atau disebut sebagai hemoglobin, tidak berfungsi secara normal.
Usaha pihak KKM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit ini melalui pertandingan seperti ini adalah sebuah usaha yang sangat baik.
Menurut Mohamad Alif Akmal selaku ketua kumpulan, proses pembuatan webtoon ini agak mencabar kerana kajian yang lengkap dan menyeluruh tentang penyakit Thalassemia perlu dilakukan terlebih dahulu dan ahli kumpulan pula merupakan mahasiswa dari universiti yang berbeza. Namun, berkat kesungguhan ahli kumpulan yang dianggotai juga oleh Wan Muammar Safuan, Nadia Nabila binti Afandi, Syahirah binti Mohamad Yusri dan Nurul Hidayati binti Asmoin, akhirnya webtoon ini berjaya disiapkan.
Dalam nada yang berbeza, sebaran ilmu pengetahuan secara maya merupakan salah satu medium terbaik untuk kita sampaikan kefahaman kepada masyarakat. Beliau yang juga merupakan ketua Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P) PERUBATAN sesi 2015/2016 mengajak semua ahli PERUBATAN agar turut serta dalam usaha menyampaikan ilmu kepada masyarakat awam melalui medium mediaPERUBATAN.
“Kita, Keluarga PERUBATAN”
Oleh:
Unit Liputan,
Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P)
PERUBATAN sesi 2015/2016
Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P)
PERUBATAN sesi 2015/2016
Tidak ada komentar:
Posting Komentar