Saidatina khadijah wafat tanpa harta walaupun sebelumnya kaya. Dia telah berkata: andai tulang-tulangku berguna untuk Islam maka akan berikan semua.
Nabi tidak beri apa yang diingini nafsu kepada isteri-isterinya sebagai tarbiyah.Nasihat kepada kaum lelaki ikutlah cara rasulullah mendidik, kepada kaum wanita ikutlah cara isteri nabi.
Umar Abdul Aziz serahkan hartanya kepada baitulmal sebab rasa tidak patut khalifah kaya sedangkan ada rakyat yang miskin sedangkan sebelumnya dia adalah seorang yang kaya.
Timbangan dalam jual beli itu sunnah kerana itu adalah hak penjualdan pembeli, tapi untuk sedekah tidak disunatkan menimbang kerana itu akan membangkitkan rasa kedekut.
Antara mukjizat nabi makanan yang sedikit bertahan lama, dan dapat dikongsi ramai orang.
Dari juwairiyah binti al-harits, ummul mukminin ra berkata: “sewaktu rasulullah saw wafat, baginda tidak meninggalkan dirham, dinar, hamba lelaki atau perempuan dan tidak tinggalkan sesuatu apapun kecuali keldai putih, pedang, dan sebidang tanah yang disedekahkan untuk ibnu sabil”
Juwairiyah dari bani mustolik ditawan dari perang muraisi’, dikahwini oleh nabi. Sahabat memuliakan bani mustolik dengan membebaskan semua hamba dari bani mustolik.Para sahabat sangat memuliakan nabi jadi siapa kita nak sindir dan kutuk para sahabat.
Sesungguhnya para anbiya' tidak meninggalkan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Siapa yang mencari ilmu maka dia mewarisi apa yang ditinggalkan nabi.
Para nabi tidak mewariskan harta kecuali semuanya disedekahkan.
Alhafiz ibnu hajar al-asqalani hafaz lebih 100,000 hadis karang kitab fathul bari. Guru kepada imam suyuthi, imam zakaria al-ansori. Imam suyuthi ada ilmu geografi, bintang, matematik.
Shah waliyullah alkandahlawiy hafaz alquran depan ayahnya 100 kali.
Syeikh mutawalli sha'rawi berkata kalau nak elak dari maksiat maka makanlah dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdulillah untuk jadi kekuatan untuk tinggalkan maksiat.
Dari Khabbab Al Aratt berkata: Mus'ab bin umair ra yang terbunuh pada perang uhud di mana di mana ia hanya meninggalkan kain kasar, bila menutup kepala dengan kainnya itu maka terbukalah kedua kakinya, bila kami menutup kedua kakinya maka terbukalah kepalanya. Kemudian rasulullah saw menyuruh kami menutup kepalanya dan kedua kakinya ditutup dengan rumput.
Mush'ab bin umair orang kaya tetapi miskin dan syahid dalam miskin tidak merasai dan memetik hasil perjuangannya di dunia. Dia duta islam pertama, kerana usaha dia penduduk madinah kenal akan Islam.
Syeikh mustofa annadwi: masalah futur juga masalah saya dan kita semua, jadi perlu ada amalan atsawabit yang tetap iangan tinggal dan amalan mutaghoyyirot yang boleh berubah-ubah. Syeikh mustofa annadwi solat tarawih lepas isya' sampai subuh.
Balasan untuk orang yang bertaqwa, ada yang Allah tangguhkan, ada pula yang Allah cepatkan di dunia dan akhirat.
"Muslim Sejati, Generasi Rabbani"
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Tanta 15/16
Biro Pembangunan Insan
PERUBATAN Cawangan Tanta 15/16
Tidak ada komentar:
Posting Komentar