Cerita Anak Mesir

Najib: Saya tidak boleh sesekali menyerah kalah

Malaysiakini.com. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata biar menggunung cabaran menghalang, beliau tidak boleh sesekali menyerah kalah daripada terus memimpin Umno.
Sambil melaungkan 'hidup Umno' Najib berkata beliau dengan beraninya harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya, untuk terus memimpin Umno mara menuju kemenangan.
"Melangkah ke hadapan lagi, dalam mengharung asakan-asakan dan dugaan yang dipertimpa ke atas saya, pada hemat saya, kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati," katanya dalam ucapan dasar di perhimpunan agung Umno pagi ini.
"Sepertimana yang sudah saya nyatakan dengan nada yang tawadu’ di Parlimen baru-baru ini, ya betul, memang benar, saya seorang Presiden dan Pemimpin, akan tetapi, saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua. Saya juga ada kelebihan dan saya juga ada kekurangan.
"Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul," tegasnya.
Beliau menegaskan apa-apa perkara pun, ada jalan dan kaedah penyelesaiannya.
"Dalam ehwal 1MDB, saya ingin maklumkan bahawa, ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian. dah nampak.
"Misalannya, dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini telah susut sebanyak 17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik. InsyaAllah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat untuk akhirnya nanti bahawa kita dapat menyelesaikan dengan cara yang tuntas.
"Menyentuh dana 2.6 bilion pula, isu ini pun telah dijawab di sidang Parlimen baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri, bahawa, yang pentingn adalah wang itu adalah derma dari luar negara dan bukannya diambil dari 1MDB.
"Saya juga telah menjelaskan dengan terperinci kepada para perwakilan semasa taklimat presiden. Dengan nasihat peguam negara saya tidak boleh cakap lebih daripada itu.
"Yang mustahak, saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan terbukti juga," tegasnya.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hosting Unlimited Indonesia