Cerita Anak Mesir

Seorang pelajar tahun 6 Universiti Kaherah telah disahkan meninggal dunia.


Dukacita dimaklumkan seorang pelajar tahun 6 Universiti Kaherah Nurizzaty Izyan binti Roslan, batch GenX telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Faransawi. Allahyarhamah telah disahkan menghidapi penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenazah insya Allah akan dikebumikan di Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan supaya Allayarhamah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Ali Imran: 145)

"Kita Keluarga PCK"
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hosting Unlimited Indonesia