Sekurang-kurangnya 28 orang maut manakala 69 cedera dalam serangan bom kereta yang berlaku pada jam 6.15 petang waktu tempatan 17 Februari lepas. Bom kereta yang meletup di tengah bandar Ankara itu menjadikan tentera Turki sebagai sasaran dalam serangan terbaru yang menggegarkan ibu negara itu.
Bom kereta diletupkan ketika sebuah konvoi bas tentera membawa berpuluh-puluh tentera berhenti di lampu isyarat di pusat bandar Ankara. Kepulan asap boleh dilihat dari tempat kejadian yang berlaku berhampiran dengan ibu pejabat tentera Turki dan parlimen.
Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar membalas dendam terhadap mereka yang melakukan serangan itu. Tanpa menyatakan apa tindakan balas yang akan diambil, Erdogan memberi amaran bahawa Turki tidak akan teragak-agak daripada menggunakan haknya untuk mempertahankan diri pada bila-bila masa, di mana-mana tempat atau majlis. Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan kepada tahap kecederaan parah mangsa yang dikejarkan ke hospital yang membabitkan ramai orang awam.
Sebagai sebuah persatuan mahasiswa, PERUBATAN kesal di atas kejadian yang berlaku di Turki. Semoga mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian ini diberikan hukuman yang setimpal.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani.
“Our Ummah, Our Concern”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
PERUBATAN For Peace & Care (PEACE),
Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan (JKK),
PERUBATAN 2015/2016.
Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan (JKK),
PERUBATAN 2015/2016.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar