
Maklumat yang ditulis tidak benar sama sekali.
Apabila ia sudah menjadi kes Polis, masa depan anda semua di Mesir juga terjejas.
Pihak yang sepatutnya di Mesir juga nampaknya berdiam diri, tidak ada usaha untuk menafikan hal ini.
Sekali anda semua menganiayai kami, doa-doa kami akan menjadi peluru hidup untuk kamu semua.
Pihak yang sepatutnya di Mesir juga nampaknya berdiam diri, tidak ada usaha untuk menafikan hal ini.
Sekali anda semua menganiayai kami, doa-doa kami akan menjadi peluru hidup untuk kamu semua.

Antara kenyataan yg disiarkan Metro yg ana kira sebagai satu fitnah ialah
1. Tidak hadir ke kelas
2. Terlibat dgn ekstremis
Telah menjadi manhaj Al Azhar sejak sekian lama utk x mewajibkan kehadiran ke kelas.
Antara sebab kenapa dilakukan begini,menurut Syeikh Hassan Rejab yg ana naqal @ ambil dr sahabat ana, us Shafiz Zulfika Sa'ari ialah, azhar menjadi benteng terakhir utk umat Islam mendalami ilmu agama..
Sekurang2nya,walau x berjaya melanjutkan pengajian d universiti yg lebih sistematik sprt di Madinah,Riyadh,Jordan,Morocco dan lain2, umat islam masih mempunyai Al Azhar yg x mengenakan syarat yg ketat n mudah utk masuk ke universiti berkenaan berbanding universiti2 lain.
Walaupun x mewajibkan kehadiran n mudah utk masuk ke Al Azhar,harus diingat, utk keluar mnjadi graduan Al Azhar sesuatu yg cukup sukar. Ini kerana 100% markah ujian,berada pada kertas jawapan..berbanding universiti2 lain yg ada markah sampingan seperti kehadiran, pembentangan dan lain2 .
Memang benar, ada yg x hadir ke kelas maahad yg bilangan kelasnya hanya 2 buah tahun 1..1 buah utk tahun 2 n 1 buah utk tahun 3,mustahil utk menampung beratus2 pelajar dlm 1 masa, namun kesungguhan mereka mengejar kelas2 talaqqi yg lain, x patut dipandang sebelah mata.
DEMI Allah, ana menjadi saksi kpd sahabat2 yg lain.
Antara kelas2 persendirian yg selalu diadakan d Shoubra
1. Syarah matan tajwid @ matan qiraat dgn Syeikh Hasan Rejab pada sebelah pagi selepas subuh
2. Talaqqi dgn Masyaikh2 d Masjid Khazindarah selepas waktu kelas hingga asar
3. Kelas Markaz Nil & Markaz Taalim( bergantung kpd jadual masing2)
4. Kelas2 anjuran Dpm Maqaz Shoubra pada setiap ptg n malam ( zaman ana dulu,tahun 2012-2014,dr hari Ahad- Khamis, setiap hari ada kelas tafaqquh anjuran Dpm Maqaz Shoubra)
5. Kelas talaqqi kitab persendirian yg dilakukan di rumah2 mahasiswa
Dengan jadual yg sgt padat ini, tergamakkah tuan puan menyatakan para mahasiswa tidak belajar semasa d Mesir.
Ini belum ditambah lagi dengan jadual murajaah Al Quran dan hafal matan tajwid & qiraat.
Berkenaan isu terlibat dengan fahaman ekstrem, ini adalah tuduhan n fitnah melampau yang boleh mengancam keselamatan mahasiswa Malaysia di Mesir.
Umum mengetahui , Ikhwanul Muslimin telah pun diharamkan dan sebahagian besar pimpinan IM telah ditangkap n dihukum..segala kitab2 yg berkaitan dengan IM juga dilupuskan n menjadi kesalahan besar sekiranya ada mahasiswa yg mempunyai @ menyimpan buku2 tersebut.
Jadi, di mana relevennya mahasiswa utk terlibat dgn aktiviti sebegini dgn kawalan ketat pihak keselamatan Mesir dan dgn ramainya SB2 yg berkeliaran di luar sana yg boleh mengancam keselamatan mahasiswa di bumi Mesir ini.
Besar harapan kami,supaya Eme dan pihak Metro menarik balik kenyataan2 sebegini yang boleh mencemarkan nama baik mahasiswa Al Azhar dan juga boleh mengancam keselamatan mahasiswa.
Janganlah disebabkan perbezaan politik ( rata2 graduan Al Azhar, bile balik akan sokong Pas (pembangkang)..sokong Pas bukan sebab fahaman ekstrem di Mesir,,tetapi mereka sokong sebab itu yg disebut di dlm kitab kuliah n di dalam quran serta kitab2 hadis nabi..utk sokong kumpulan yg menegakkan agama Allah)..menyebabkan sekelompok dr kita berlaku tidak adil. Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat dgn taqwa
Salam Harapan
Muhammad Iskandarruzaman Bin Mohd Zulkafli
Graduan Maahad Qiraat Shoubra 2014
Tidak ada komentar:
Posting Komentar