Dari rumah,admin kena berjalan kaki ke Stesen Keretapi berdekatan selama 20 minit. Dari Stesen keretapi itu ke Shinjuku iaitu Ofis,ianya memakan masa hampir 30 minit. Dan dari Stesen Shinjuku ke Ofis,admin kena berjalan lagi selama 10 minit.
Jika berkerja di Kilang,perjalanan keretapi saja memakan masa 1 jam!
Tapi Alhamdulillah,admin tiada masalah meneruskan kehidupan sebegitu selama 4 bulan sebelum 'dicampakkan' ke cawangan Fukuoka.
Tapi rupanya, admin syok sendiri. Admin ingat pergi ke tempat kerja dengan mengambil masa 1 jam itu sudah sangat lama tapi sebenarnya,admin poyo! Hihi
Kenapa?
Rupa-rupanya,ada ramai orang Jepun yang menetap di Tokyo dan berkerja di Osaka. Ada yang berulang menggunakan Bullet Train dengan Pass Bulanan dan ada yang menggunakan Kapal Terbang.
Bayangkan,menetap di Kelantan dan berkerja di Johor! Berulang setiap hari!
Tapi bagi orang Jepun,ianya sangat normal jika syarikat mampu bayar kos pengangkutan. Biasanya level manager ke atas.
Bila admin balik di Malaysia, tempat kerja yang terletak 30 minit dari rumah sudah dikira jauh.
Pekerja Malaysia kalau lambat masuk kerja akan guna alasan rumah terletak jauh dan kesesakan trafik.
Ada seorang perkerja yang selalu datang lambat. Bila bos tanya kenapa,dia jawab rumahnya jauh,kalau tak silap admin di Damansara,Ofis di Seksyen 20.
Bos tanya,biasa awak bangun pukul berapa? Dia jawab pukul 6.30 pagi. Bertolak ke ofis pukul 7.30. Kerja mula pukul 8.30.
Bos bagitahu,kalau awak tahu;
"Jika awak tahu bila bertolak pada pukul 7.30 akan sampai lambat,awak kena usaha lah untuk bangun dan bergerak lebih awal. Awak boleh ubah waktu bangun awak tapi awak tak boleh ubah waktu kerja awak."
Dia angguk. Lepas bos pergi,dia kata, "mana boleh ganggu waktu tidur aku. Semalam pun aku tidur lewat. Kan mengantuk,kau marah aku pula..."
Admin hanya mampu geleng kepala. Tapi mindset sebegini bukan pelik di Malaysia, sangat normal dan kita perlu mengubahnya!
JOM...
Credit by:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar