Cerita Anak Mesir

Pertemuan Kerjasama: Mauizah Resources bersama Markaz Nile, Mesir

Pada 20 Julai 2016, satu pertemuan di antara CEO/Mudir Markaz Nile Mesir Al-Fadhil Ustaz Abdulullah Yigit bersama wakil pengurusan Mauizah Resources di Malaysia iaitu Al-Fadhil Ustaz Syihabudin Ahmad telah berlangsung. Pertemuan berkenaan juga dihadiri oleh Ustaz Karimullah yang merupakan wakil Mauizah Resources di Mesir.

Beberapa perkara penting yang berkaitan kerjasama di antara dua pihak telah dibincangkan. Disamping itu, beberapa isu masalah yang berlaku kepada pelajar juga menjadi topik perbualan. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah:

- Surat tawaran belajar secara susulan. Terutama kepada pelajar Malaysia dan Singapura
- Penetapan bayaran yuran
- Pembinaan cawangan Markaz Nile di Malaysia
- Meluaskan skop program pendidikan Markaz Nile sehingga latihan kepada guru.
- Program singkat bahasa Arb untuk pelajar universiti yang bercuti
- Dan lain-lain.

Alhamdulillah, pihak Markaz Nile memberi kepercayaan yang penuh kepada Mauizah Resources bagi menguruskan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian ke Markaz Nile.

Semoga kerjasama ini mendapat berkat dan redha Allah seterusnya memudahkan urusan para pelajar menuntut ilmu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hosting Unlimited Indonesia