Cerita Anak Mesir

Sejarah Islam

Tatar yang sama memusnahkan Kerajaan Abbasiah, adalah Tatar yang sama dikalahkan oleh tentera Islam. Kegemilangan yang bertahan hampir 600 tahun dimusnahkan oleh Tatar hanya dalam tempoh 40 tahun. Namun, umat Islam tak menunggu lama untuk bangkit kembali melawan. 

3 Mac 1924 masih sekadar menjadi sejarah pada mulut kita. Sudah hampir 100 tahun namun maruah itu masih belum ditebus sebagaimana KotaBaghdad mendapat pembelaan. Mengapa?

1. Kerna Abbasiah dibela melalui peperangan senjata atas nama JIHAD. Peperangan dengan kekuatan rohani yang yakin Islam akan menang dan jasmani dengan bantuan Sang Pencipta.

2. Uthmaniah jatuh atas penyelusupan dan konspirasi jangka panjang yang melekakan. Tambahan pula kondisi umat Islam yang amat parah. Namun masih gagal ditebus oleh segolongan yang beterusan berjuang kerana strategi musuh yang amat licik.

Ia masuk bukan setakat ke dalam rumah2 kita, parahnya ia masuk ke dalam sanubari umat Islam! Semakin jauh dari Al Quran maka semakin banyak 'tuhan' yang lahir. Islam tapi liberal, Islan tapi sekular, Islam tapi sosialis, Islam tapi marxis, Islam tapi kapitalis. Nyata ia tidak semudah membangun Kota Baghdad. Kita tidak berperang pun dengan musuh sebenar, hanya bertepuk tampar dengan bayangan yang ditembak pun tidak akan mati.

3. Apa yang kita mahu wahai anak muda?

Al-'Anfāl:8 - Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.

Mohd Adlan Mokhtaruddin
Setiausaha DPPnJ

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hosting Unlimited Indonesia